Friday, June 12, 2009

SELANGOR

MEE BANDUNG

Bahannya :
1/2 kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3 sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2 kati sawi
1 kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam - ikut berapa org yg makan
1 cawan udang kering (mesin halus)
2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4 ulas bawang merah )mesin
2 ulas bawang putih )bersama
daun sup & daun bawang
Bawang goreng
garam
gula

Bhn utk supnya :
1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya)
1 sudu jintan manis }
1 1/2 sudu jintan putih }
4 ulas bawang merah }dimesin
1 ulas bawang putih }
1 inci halia }
daun sup & daun bawang
1 kuntum bunga lawang }
1 kuntum cengkih }
1 batang kulit kayu manis }penumis
1 biji buah pelaga }

cara buat sup tulang (A) :
1. Tumis bhn penumis hingga wangi kemudian masukkan bhn-bhn mesin goreng hingga kekuningan.
2. Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya. Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.

Cara buat rempah mee (B) :
1. Panaskan kuali. Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
2. Kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
3. Bubuhkan ½ cawan air rebusan daging. biar seketika, tambahkan garam & sedikit gula.
4. Kemudian masukkan isi kerang & daging. tambahkan sedikit air rebusan daging. Biar hingga masak. Ketepikan.

cara nak makan mee bandung ni (C) :
1. Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
2. Tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
3. Kemudian masukkan mee kuning, sawi, daun sup & daun bawang & pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
4. Bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment