Thursday, June 4, 2009

Makanan Tradisi Perak! =)

Setiap negeri di Malaysia mempunyai makanan tradisional nya sendiri. Rendang tok memang cukup terkenal di Perak. Ia merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan. Masakan Rendang Tok ini lebih sedap jika disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu dan merupakan masakan istana. Satu daripada ciri-ciri unik bahan masakan ini adalah isi kelapa tua yang disagat dan dipanggang hingga kering. Masakan negeri Perak tidak lengkap jika tidak disertakan dengan sambal tempoyak bersama ulam petai atau pun pucuk ubi rebus. Sekiranya anda berminat, anda boleh menyalin resepi dibawah.


SELAMAT MENCUBA!!!

RENDANG TOK

BAHAN BAHAN:-

1 kg daging
4 camca besar cili kisar
120 ml minyak
1 liter santan pekat
1 camca besar gula merah
1 biji kelapa parut (dibuat kerisek)
Isi kelapa tua (disagat dan dipanggang hingga kering)
Sedikit garam

Bahan A (dikisar halus)
5 batang serai
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih

Bahan B (disangai dan dikisar halus)
2 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
4 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

CARA-CARA

1. Daging dibersihkan dan dipotong selebar 4 cm. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar dan cili kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan santan dan daging. Kacau sebentar dan biarkan kuah menjadikan pekat.
4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan gula merah, kerisik, garam serta isi kelapa tua.
5. Masak hingga menjadi pekat dan kering.

Nota : Masakan ini perlu dikacau selalu sehingga kering.


SAMBAL TEMPOYAK



BAHAN-BAHAN

4 biji cili merah
5 biji cili padi
4 camca besar tempoyak
garam
gula

CARA-CARA

1. tumbuk cili padi dan cili merah dengan garam
2.masukkan tempoyak dan gula. Kacau hingga sebati.
3.hidang dengan ulam petai atau pucuk ubi rebus.

No comments:

Post a Comment