Friday, June 12, 2009

MELAKA


Negeri Melaka Tulisan jawi : ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang tuah adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia.


Antara makanan yang terkenal di Melaka ialah :



Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (Bahasa Melayu Patani). Setelah ditakluki oleh kerajaan Siam maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman

Cendol ialah sejenis minuman sejuk yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara

Ia dibuat dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dgn air jernih dari mendapan kapur sirih kemudian dimasak air beras tadi dan dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Bolehlah diwarnakan mengikut warna kesukaan, dahulunya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian manis.

Resepi cendol

Bahan-Bahan:
1 santan (dari 1 ½ biji kelapa) sedikit garam
Bahan Cendol 20 helai daun pandan } dikisar 500ml air } & ditapis sedikit pewarna hijau 1 camt. air kapur 150 g. tepung kacang hijau 1 camB. tepung beras 430 ml air Bahan Air Gula 300 g. gula melaka (dicincang) 100 g. gula pasir 250 ml air 2 helai daun pandan (disimpul)


Cara:
1. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
2. Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk. 5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula



Kuih Bakar

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh lebihkan gula jika suka manis)
1 cawan jus pandan (10helai daun pandan diblend)
2 cawan santan
3 biji telur
2 sudu besar butter/minyak
Sedikit garam
Bijan

Cara menyediakannya:
Campurkan semua bahan diatas dan diblend.
Sapukan loyang dgn butter/minyak kemudian panaskan loyang dlm oven.
Bila butter/minyak panas masukkan adunan tadi dan taburkan bijan keatasnya.
Bakar hingga keperangan.




No comments:

Post a Comment