Saturday, June 13, 2009

JOHOR


NASI BERIYANI GAM ALA AYAM SURI


Bahan- bahan :
600gm beras basmathi
600ml air
200ml susu cair
2 biji bawang besar/ dihiris
2.5cm halia/ dikisar
5 biji bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 helai daun pandan
3 biji buah pegaga
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
5 helai daun pudina
Daun ketumbar secukupnya
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
1 biji tomato/ dibelah empat
1 biji cili hijau / dibelah dua
1 sudu teh rempah beriyani
1 sudu teh pewarna kuning
6 ketul ayam


Bahan pes ayam :
3 biji bawang besar
3 sudu makan tomato puri
2cm halia/ dikisar
250ml susu cair
3 biji rempah tiga sekawan (buah pelage, kayu manis, dan bunga cengkih)
1 sudu the serbuk jintan putih
1 sudu the serbuk jintan manis
3 sudu makan rempah kurma
Garam secukup rasa
4 sudu makan tomato puri
Daun pudina secukupnya
Daun ketumbar secukupnya



Cara memasak :
1. Untuk membuat pes beriani gam, panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan rempah tiga sekawan sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan halia, rempah kurma dan sedikit air. Tinggu sehingga bahan mendidih dan naik minyak.
3. Selepas itu masukkan susu cair, tomato puri, garam ,gula, daun pudina, daun ketumbar dan tomato. Kacau rata sehingga mendidih dan angkat.
4. Ketepikan
5. Nasi : Cuci beras basmathi sehingga bersih. Kemudian rendam seketika.
6. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Setelah panas, tumiskan bawang besar, buah pelage, cengkih dan kayu manis sehingga warnanya kekuningan dan naik bau.
7. Kemudian masukkan halia yang dikisar, air, garam, gula, cili hijau, tomato dan daun pandan.
8. Masukkan rempah pes ayam beriyani gam tadi dan susu cair.
9. Selepas itu masukkan beras basmathi dan kacau sehingga beras sebati.
10. Akhir sekali masukkan sedikit pewarna kuning.

No comments:

Post a Comment