Sunday, June 14, 2009

Hinava ikan tenggiri Sabah bah !



Bahan-bahan ( 10 - 15 Orang )

  • Ikan Tenggiri ( Sederhana)
  • 6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 3-4 Biji Limau nipis (Ambil jusnya)
  • Sedikit garam, serbuk perasa, Halia

Cara-cara

  1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
  2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
  3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
  4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.

Perhatian :
Hidangan ini tidak perlu dimasak, oleh itu bahan-bahan yang disediakan mestilah segar dan telah dibersihkan.

Tuhau Sabah ! (sejenis jeruk tumbuhan)



Bahan-Bahan :
1 kati tuhau
1/2 cawan jus limau nipis atau cuka
2-4 bawang merah yang dihiris halus
2– 3 cili merah dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :
Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan bahan-bahan yang lain.

Ambuyat tradisi Sabah


ambuyat

Bahan-bahan

  • 1/2 pek sagu putih
  • 1/4 kacang tanah
  • 1 ikat sayur kangkung
  • 10 btg kacang panjang - dipatah2kan [jangan dihiris]
  • 3 biji cili padi - boleh tambah lagi klu nak pedas
  • 1500 ml - air
  • 1 tin ikan sardin
  • bahan perasa

Cara-cara

CARA BUAT BEBOLA SAGU:

  1. masak sagu dengan air mendidih. kacau sehingga bancuhan sagu kelihatan pekat/kental. Ambil sesenduk sagu & bulat2kan guna chop stick. rendam seketika bebola tersebut dlm semangkuk air suam sementara membuat kuah. Buatlah bebola sagu sehingga habis bancuhan
CARA BUAT KUAH:
  1. kacang tanah digoreng lps tu kisar. Kemudian didihkan air dalam periuk.
  2. setelah air mendidih, masukan kacang tanah & ikan sardin yang tlh dilumat - biarkan seketika.
  3. kemudian masukan kacang panjang, kangkung, bebola sagu, cili padi dan bahan perasa. kacau seketika. Biarkan sayur 1/2 masak than matikan api.
  4. masakan ni boleh dimakan bersama nasi putih, mee atau dimakan begitu sahaja. Ianya sedap semasa masih panas lagi.

Makanan tradisional Negeri Sembilan :)


ikan keli masak lemak cili padi

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan keli
  • Cili padi
  • Kunyit hidup *
  • Santan - dr setengah biji kelapa
  • Timun ladang dikikis kulitnya, dibuang bahagian tengah, dan dipotong kecil
  • Sebiji limau nipis
  • Garam dan perasa

Cara-cara

  1. Ikan keli disapukan kunyit dan garam kemudian disalai hingga kering.
  2. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus. Kemudian,masukkan ke dalam periuk
  3. Masukkan santan. dan timun. Masak dengan api perlahan.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali...sebelum diangkat, perah air asam limau ke dalam kuah. Kemudian, siramlah kuah tadi atas ikan keli salai.

Saturday, June 13, 2009

KEK GULUNG LAPIS SARAWAK

Bahan- bahan :
BAHAN A
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
½ sudu ovelet
140 gm gula
120 gm tepung gandum

BAHAN B
200 gm mentega
100 gm kaya
1 sudu teh susu pekat

BAHAN C
½ sudu teh pewarna merah
½ sudu teh pewarna kuning
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna coklat
50 gm jem apricot / untuk melekatkan kek


Cara memasak :

1. Satukan kuning telur, putih telur, ovelet, gula dan jmuga tepung gandum (bahan A). Pukul hingga kembang.
2. Kemudian pukul bahan B secara berasingan hingga sebati.
3. Campurkan bahan A dan bahan B. Gaulkan sebati dan bahagikan kepada empat warna.
4. Tuang adunan berselang seli warnanya.
5. Bakar selama 10 minit pada suhu 180˚C hingga masak.
6. Sapukan jem apricot [ada kek. Susun lebihan kek lapis Sarawak dan gulung. Bekukan sebelum dipotong.

KUIH TRADISIONAL JOHOR

KUIH TIRAM


Bahan- bahan :
375 gm tepung gandum
720 gm tepung ubi
150 ml air
125ml minyak masak
500gm gula halus
3 biji telur
Garam secukup rasaMinyak untuk menggoreng secukupnya.


Cara memasak :

1. Adun tepung gandum dan telur di dalam bekas adunan. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh lembut. Ketepikan.
2. Di dalam bekas berasingan, kacau tepung ubi dengan minyak dan ketepikan.
3. Ambil adunan tepung gandum tadi dan canai hingga nipis.
4. Ratakan ¼ bancuhan tepung ubi (yang dicampurkan dengan minyak) di atas tepung gandum (yang telah dinipiskan)
5. Gulung kemas dari hujungnya sebanyak empat gulungan dan poting 1 cm.
6. Canai lagi setiap sati menjadi nipis
7. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, goring kuih tadi sehingga warnanya keemasan.
8. Angkat, tos minyak dan gaulkan dengan gula halus.

LAKSA SARAWAK


Bahan- bahan :
50 gm mihun / dicelur
1 peket perencah laksa khas (600gm)
500gm udang
5 ketul dada ayam/ dipotong kecil
2 kiub pati ayam
500ml santan
4 biji teluar ayam / digoreng dadar dan dihiris halus
50gm tauge / dicelur
1 biji limau kasturi
Garam dan bahan perasa secukupnya


Cara memasak :

1. Rebus udang dan ayam hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, keluarkan ayam dan udang.
3. Masukkan perencah laksa dan kacau dengan api perlahan
4. Setelah mendidih masukkan santan pekat dan biarkan mendidih dengan api kecil.
5. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
6. Hidangkan bersama mihun, hirisan ayam, udang, teluar dadar dan juga hirisan limau nipis.